:: MAKLUMAT TERKINI ::

Keputusan pemilihan dan penempatan pelajar Tingkatan Satu di sekolah berasrama penuh (SBP) tahun depan telah diumumkan hari ini 23hb Dis 2009.

Semakan boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dibawah:

http://apps.emoe.gov.my/sst1online2008/semakan_sst1_2009/

Tarik tutup membuat rayuan melalui E Rayuan dan Rayuan Terus ke Pengetua Sekolah Berasrama Penuh Pilihan adalah 12HB JAN 2010. Harap Maklum

Pada sesiapa yang berminat untuk berkarya melalui sajak, pantun ,cerita pendek dan lain lain, sila hantarkan karya anda ke blogskbl@yahoo.com Sertakan nama , kelas serta gambar anda (jika ada) pada karya anda. Karya anda akan dimuat ke dalam laman web sekolah !

Sekolah satu sesi yang dijadualkan pada tahun 2010 di batalkan. Oleh yang demikian, pelajar tahaun 1 and tahun 3 adalah di sesi petang dan pelajar tahun 2 , 4 , dan 6 adalah di sesi pagi. Harap maklum

:: INTERESTING DAY IN DEC::

INFOMASI SEMASA SKBL

Wednesday, December 23, 2009

Semakan ke SBP 2010

Semakan permohonan ke SBP bagi 26 orang pelajar yang mendapat 5A telah dilakukan pagi tadi. Dukacita dimaklumkan bahawa kesemua pelajar-pelajar kita tidak berjaya mendapat tempat ke SBP bagi tahun 2010.
Akan tetapi, peluang masih ada. Bagi mereka yang ingin membuat rayuan ke SBP berikut adalah langkah langkah yang perlu di ambil :

1. Sila layari Laman Web Kementeria Pelajaran Malaysia . http://apps.emoe.gov.my/sst1online2008/semakan_sst1_2009/index.cfm

2. Sila masukkan angka giliran anda dan klik semakan

3. Klik butang E Rayuan

4. Pastikan alamat, no talipon serta aliran di pilih dan informasi adalah tepat * bagi tindakan selanjutnya serta surat menyurat oleh pihak kementerian.

5. Pada catatan , sila masukkan hanya satu nama sekolah berasrama penuh yang anda ingin.

6. Klik Untuk Hantar Rayuan

7. Anda dinasihatkan supaya mencetak borang e-rayuan dengan memilih petak printer pada borang.

8. Anda dinasihatkan supaya menulis surat rayuan berserta sijil sijil sokongan yang disahkan oleh pihak sekolah kepada pengetua sekolah berasrama penuh yang anda pilih di borang E Rayuan

9. Anda juga boleh menghantar surat rayuan ke beberapa sekolah berasrama penuh yang lain bagi tujuan temuduga ambilan kedua dan ketiga nanti. Ini adalah bertujuan untuk memberi seberapa banyak peluang bagi anada ke SBP tahun 2010.

10. Pastikan surat rayuan dialamatkan kepada Pengetua Sekolah Berasrama Penuh yang dipilih berserta sijil sijil sokongan yang disahkah oleh pihak sekolah.

11. Ada dinasihatkan supaya menghatar melalui pos laju untuk memastikan surat rayuan anda selamat tiba ke sekolah yang dipilih.

12. Tarikh tutup rayuan adalah pada 12hb Januari 2010.

13. Senarai nama sekolah berasrama penuh dan contoh surat rayuan ada di sertakan di laman web ini. ::SURAT PERKELILING ::

14. Panggilan temuduga bagi ambilan kedua dan ketiga akan diberitahu melalui surat pada sekitar akhir Jan dan Feb 2010.


Selamat Berjaya

*Pertanyaan : 012 437 5328 - En. Husri

Sekolah Satu Sesi 2010 dibatalkan

Berhubung dengan perkara di atas dan merujuk kepada surat perkeliling yang telah diedarkan, adalah di maklumkan bahawa sekolah satu sesi bagi tahun 2010 dibatalkan. Oleh yang demikian berikut adalah sesi sekolah pada tahun 2010:

Tahun 1 dan Tahun 3 : Sesi Petang

Tahun 2 , Tahun 4 , Tahun 5 dan Tahun 6 : Sesi Pagi

Harap maklum.

Selamat kembali ke sekolah pada 4hb Jan 2010.

Thursday, November 26, 2009

Keputusan pelajar ke sekolah berasrama penuh 25 Dis 2009

Keputusan pemilihan dan penempatan pelajar Tingkatan Satu di sekolah berasrama penuh (SBP) tahun depan akan diumumkan selewat-lewatnya 25 Disember ini.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata semakan mengenai keputusan itu boleh dibuat melalui laman web kementerian iaitu www.moe.gov.my.
"Murid Tingkatan Satu SBP dijangka akan mendaftarkan diri di kesemua 53 buah SBP yang ditawarkan pada 11 Jan depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-Bernama

Thursday, November 19, 2009

Tahniah - SKBL Cemerlang di dalam UPSR 2009

Keputusan UPSR tahun ini amat memberangsangkan. Seramai 26 orang murid mendapat 5A dan 23 orang pula mendapat 4A. Ini adalah satu peningkatan yang amat membanggakan. Peningkatan sebanyak 86% untuk 5A dan 22% untuk 4A jika dibandingkan dengan tahun 2008.

26 orang murid yang berjaya mendapat 5A bersama tenaga pengajar.


23 orang murid yang berjaya mendapat 4A bersama tenaga pengajar

Syabas kepada semua murid yang berjaya, guru-guru yang bertungkus lumus mendidik anak murid tanpa jemu dan ibubapa yang sentiasa memberi dorongan kepada anak anak.
Syabas dan berharap prestasi kecemerlangan akan terus berlaku bagi tahaun 2010 nanti.

Sila ke galeri SKBL untuk gambar-gambar yang menarik

Wednesday, November 11, 2009

Majlis Makan Malam "Kenangan Abadi Sentiasa Di Hati "

Majils yang berlangsung di Dewan Utama Komplek Tabung Haji telah dirasmikan oleh Puan Guru Besar SKBL. Majlis yang bermula pada jam 8.15 malam di hadiri oleh murid-murid tahun 6 , guru-guru dan wakil PIBG.




Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdr.Mohd Amirul B. Zulkifli.Juruacara majlis pada malam tersebuat ialah Sdri Nasuha Syuhana Bt Asalleh dan Sdri Effh Bt Zainul.
Berbagai persembahan dari murid-murid tahun 6 dan diselangi dengan cabuatan nombor bertuah. Pada malam itu juga , King and Queen of the nite 2009 telah diumumkan. Sdr Mohamad Afiq Aiman B Abdul Rashid telah dinobatkan sebahagaia King of the Night manakalan Sdri Nadjwa Bt Zainol dinobatkan sebagai Queen of the Night.
Tahniah kepada Pengerusi Majlis Makan Malam "Kenagan Abadi Sentiasa Di Hati" 2009 Sdr Muhamad Jazimin B. Fazail serta AJK-AJK yang telah memberi komitmen yang begitu tinggi bagi menjayakan majlis tersebut.
Majlis tidak akan berseri tanpa tunjukajar dari guru pembimbing Cikgu Othman Bin Mat dan Cikgu Cik Mazni Bt Zainol.
Sila ke galeri SKBL untuk gambar-gambar yang menarik
KERATAN AKHBAR

Dasar ganti PPSMI 2011

Berita Harian / 21 Oktober 2009

Pelaksanaan martabat BM, perkukuh BI murid Tahun Satu dipercepat setahun

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji untuk mempercepatkan pelaksanaan dasar baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimanapun berkata pelaksanaan lebih awal MBMMBI bagi menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bergantung kepada beberapa faktor.
Antaranya, bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang perlu disiapkan akhir tahun depan. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata pelaksanaan MBMMBI untuk murid Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat pula bermula 2012 untuk membolehkan kementerian membuat persiapan rapi dengan mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran. Beliau turut menegaskan walaupun terdapat rayuan dan desakan supaya PPSMI diteruskan, kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan pihak berkenaan. "Sebaliknya, pandangan yang disuarakan diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan dasar baru," katanya menjawab soalan Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) pada sidang Dewan Rakyat, semalam.
Mohd Nor ingin mendapatkan penjelasan mengenai rasional kerajaan menunggu sehingga 2012 untuk mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda. Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, berkata kementerian menetapkan 2012 sebagai tahun pelaksanaan dasar baru itu bagi mengelak masalah seperti yang terjadi kepada PPSMI. "Tujuan kita untuk dilaksanakan pada 2012 ialah untuk membuat persiapan penting kerana pengalaman waktu kita melaksanakan PPSMI dulu, tempoh untuk pihak kementerian buat persiapan ialah enam bulan," katanya. Beliau berkata, pelaksanaan PPSMI sejak 2003 membabitkan kos sebanyak RM5 bilion meliputi penyediaan peralatan dan latihan guru.
"Bagi pelaksanaan dasar MBMMBI, kementerian akan memohon peruntukan yang secukupnya untuk menjayakan dasar itu, di samping mengguna pakai kemudahan sedia ada," katanya. Muhyiddin berkata, dalam pelaksanaan MBMMBI, kementerian memerlukan 13,000 guru tambahan untuk ditempatkan di seluruh negara dan mulai tahun depan, pengambilan 1,000 guru bahasa Inggeris akan dibuat. Menjawab soalan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Muhyiddin menegaskan kerajaan tidak mungkin kembali melaksanakan PPSMI kerana MBMMBI selaras dengan dasar negara yang mahu memartabatkan Bahasa Kebangsaan. Sambil menyifatkan keputusan kerajaan itu sebagai muktamad, Timbalan Perdana Menteri berkata, MBMMBI berfungsi sebagai serampang dua mata kerana selain memartabatkan Bahasa Kebangsaan, kerajaan tidak meminggirkan aspek penguasaan dan pengukuhan Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa antarabangsa. Muhyiddin berkata, satu daripada dorongan kuat ketika pimpinan kerajaan hendak menyediakan dasar baru itu ialah untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan beliau yakin pembangkang turut bersetuju. "Kita mahu memperjuangkan Bahasa Melayu tetapi pada masa sama masyarakat hari ini tahu untuk memasuki dunia sekarang yang kompetitif, Bahasa Inggeris juga menjadi bahasa penting. "Atas dasar itu saya tidak fikir kita akan berpindah balik kepada dasar lama... saya amat menghormati Tun (Dr Mahathir Mohamad). Saya nyatakan kita hendak membuat pindaan, mungkin dia tidak begitu setuju tetapi tidaklah keras sangat. "Dia (Dr Mahathir) faham keputusan sudah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan dia penyokong BN dan Umno, nampak dia tidak beri kenyataan keras seolah-olah kita kena patah balik," katanya.

Pemansuhan PPSMI mungkin 2011

Utusan Malaysia / 21 Okt 2009


KUALA LUMPUR 20 Okt. - Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk murid tahun satu mungkin dipercepatkan setahun iaitu mulai 2011.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, keputusan itu bergantung kepada persediaan melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI yang dijadual bermula 2012.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah menyegerakan pemansuhan PPSMI itu hanya dapat dilaksanakan jika keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi pelaksanaan MBMMBI siap sebelum akhir 2010.
"Kementerian sedang meneliti kemungkinan melaksanakannya (MBMMBI) mulai 2011 bagi murid tahun satu.
"Namun ia bergantung sama ada bilangan guru mencukupi, kesediaan kurikulum baru dan buku teks untuk mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dapat disiapkan sebelum akhir 2010," katanya.
Muhyiddin berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd. Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) mengenai rasional kerajaan menunggu sehingga 2012 untuk memansuhkan PPSMI pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Timbalan Perdana Menteri menjelaskan pemansuhan PPSMI bagi murid tahun empat, tingkatan satu dan tingkatan empat pula kekal pada 2012 bagi membolehkan kementerian membuat persiapan rapi sebelum memulakan MBMMBI.
Menjawab soalan tambahan Mohd. Nor, Muhyiddin menegaskan, keputusan memansuhkan PPSMI adalah muktamad dan kerajaan tidak akan kembali meneruskan dasar berkenaan.
Beliau berkata, komitmen kerajaan yang bersetuju supaya PPSMI dimansuhkan tidak perlu diragui semua pihak walaupun ia hanya akan berkuat kuasa mulai tahun 2012.
"Ini adalah keputusan yang muktamad. Jadi apa pun keadaan kita telah menyatakan kesediaan untuk tidak kembali kepada dasar lama iaitu meneruskan PPSMI.
"Segala persiapan telah mula dilakukan mulai sekarang dan saya beri jaminan walaupun PPSMI hanya akan dimansuhkan mulai 2012, insya-Allah ia akan dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya.
Muhyiddin berkata, tempoh tersebut ditetapkan kerana kerajaan memerlukan masa untuk membuat semua persiapan sebelum MBMMBI dilaksanakan.
Jelasnya, persiapan itu penting kerana kerajaan telah belajar daripada pengalaman lalu apabila tempoh terlalu singkat iaitu hanya enam bulan sebelum melaksanakan PPSMI menyebabkan pelbagai masalah timbul.
"Dasar baru ini memerlukan kita menyediakan 13,000 guru termasuk sekurang-kurangnya 1,000 guru Bahasa Inggeris baru yang mahir," katanya.
Dalam pada itu, menjawab soalan Azmin Ali (PKR-Gombak) mengenai pengaruh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam keputusan kerajaan, Muhyiddin menjelaskan, bekas Perdana Menteri itu memahami keputusan yang dibuat oleh kepimpinan sekarang.
Jelasnya, walaupun Dr. Mahathir tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI tetapi penentangan bekas Perdana Menteri itu tidak terlalu keras.

Pelajar boleh terus guna PPSMI
Oleh Kadir Dikoh

Berita Harian / 10hb Ogos 2009


PELAJAR yang memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris boleh terus berbuat demikian sehingga mereka menamatkan pendidikan sekolah menengah mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran berkata, isu itu turut dibangkitkan rakannya dalam Kabinet dan beliau mahu memberi kelegaan kepada ibu bapa yang menyuarakan kebimbangan mengenainya. "Kami membincangkan perkara itu," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja lima hari beliau ke Perth yang berakhir semalam.
Muhyiddin berkata, pelajar yang mula belajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris akan terus diajar dalam bahasa itu, dan mempunyai pilihan dan kebebasan untuk menjawab soalan peperiksaan sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. "Saya mahu memberi kelegaan kepada ibu bapa yang bimbang. Kami menggunapakai pendekatan berlembut... memberi peluang untuk bergerak secara perlahan-lahan ke dalam sistem baru," katanya. Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan perubahan terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan kembali kepada dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bagi sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula dalam bahasa ibunda masing-masing dari 2012.
Menyentuh isu lain, Muhyiddin berkata, kerajaan mengkaji kemungkinan membenarkan pemegang biasiswanya yang belajar di luar negara untuk bekerja secara sambilan berikutan kenaikan kos sara hidup meningkat dan kesan kemelesetan ekonomi global. Katanya, pada masa ini peraturan melarang pemegang biasiswa bekerja, kerana mahukan tumpuan diberikan kepada pelajaran sebagai matlamat utama. "Saya berpendapat kita perlu kaji semula perkara ini, kerana walaupun kerajaan sudah menaikkan kadar biasiswa 100 peratus sebelum ini, kesan kegawatan ekonomi sejagat masih menjejaskan mereka. “Mungkin mereka dibenar bekerja ketika cuti semester,” katanya.
Setiap tahun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan biasiswa kepada 2,000 pelajar untuk belajar di luar negara dan ketika ini ada lebih 10,000 pemegang biasiswa JPA sedang menuntut di seluruh dunia. Selain itu, katanya, kerajaan akan mengkaji permintaan pelajar dan masyarakat Malaysia di Perth untuk mewujudkan sebuah Dewan Malaysia (Malaysia Hall) di Perth.

Penilaian baru ke asrama penuh dilaksana 2015

Sumber: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran dijangka memperkenalkan Sistem Pentafsiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) pada 2015 bagi memilih murid cemerlang ke asrama penuh.

Menerusi sistem itu, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid Tahun Enam tidak lagi menjadi ukuran mutlak menentukan murid cemerlang memasuki asrama penuh.

Yang Dipertua Majlis Guru Besar Malaysia (MGBM), Ruslan Madon yang mendedahkan perkara itu, berkata kriteria untuk melayakkan seseorang pelajar memasuki asrama akan diukur berdasarkan tahap pencapaian akademik murid sepanjang enam tahun di sekolah rendah.

Katanya, berpandukan SPPK, 30 peratus daripada kelayakan untuk memohon ke asrama akan bergantung kepada keputusan UPSR manakala 70 peratus lagi berdasarkan prestasi akademik pelajar sepanjang enam tahun persekolahan.

Beliau berkata, pada tahun terakhir persekolahan, prestasi akademik pelajar yang dikumpul sejak Tahun Satu sehingga Tahun Enam akan dinilai oleh sekolah lalu digabungkan dengan keputusan UPSR untuk dipertimbangkan sama ada layak atau tidak untuk memasuki sekolah asrama penuh.

"SPPK dilihat akan dapat mengurangkan tekanan yang ditanggung murid yang selama ini perlu mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR jika hendak memasuki sekolah berasrama.

"Walaupun begitu, SPPK tetap mengutamakan keputusan UPSR yang cemerlang bagi melayakkan pelajar memohon memasuki asrama," katanya ketika dihubungi, semalam.

Ruslan mengulas cadangan Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim yang mahu UPSR dimansuhkan kerana dianggap tidak relevan lagi dalam sistem pendidikan negara.

Razali berkata, UPSR hanya menjurus kepada konsep pencapaian pendidikan melalui peperiksaan yang memerlukan pelajar lulus subjek tertentu untuk layak ke sekolah berasrama penuh, sekali gus tidak membantu menentukan tahap sebenar akademik pelajar.

Ketika ini, SPPK sedang dilaksanakan di 500 sekolah terpilih yang menjadi perintis pelaksanaan projek transformasi pendidikan kebangsaan.

Ruslan berkata, MGBM turut mencadangkan kepada kementerian supaya mencontohi Mara dalam mengendalikan urusan pengambilan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Katanya, kaedah diamalkan Mara yang menuntut pelajar membuat permohonan untuk memasuki MRSM dilihat mampu memudahkan urusan memilih pelajar memasuki sekolah berasrama penuh.

Tiada cadangan mansuh UPSR

Sumber: Berita Harian

Cara penilaian diubah suai, keputusan ujian bukan ukuran 100 peratus: TPMSHAH ALAM: Kerajaan belum bercadang untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) walaupun ia dilihat sesetengah pihak tidak lagi relevan dalam sistem pendidikan negara yang dinamik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata, UPSR masih boleh digunakan sebagai asas penilaian tetapi sedikit pengubahsuaian akan dilakukan terhadap peperiksaan itu dari segi kepentingan atau kayu pengukur.
"Mungkin kepentingan dikurangkan daripada 100 kepada 30 atau 40 peratus. Yang lain akan ambil kira pelajaran Sejarah. Jadi, tidaklah lari daripada apa yang sedang dilaksanakan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Shah Alam, di sini, semalam. Beliau mengulas cadangan Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim kelmarin supaya UPSR dimansuhkan selepas ia dilihat hanya menjurus kepada konsep pencapaian pendidikan melalui peperiksaan yang memerlukan pelajar lulus subjek tertentu untuk layak ke sekolah berasrama penuh. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sistem pendidikan negara bersifat dinamik kerana ia sentiasa melalui proses perubahan.
Justeru, katanya, pandangan Razali akan diambil kira dan sedang dilaksanakan selaras langkah transformasi dalam sistem pendidikan negara bagi mengelak ia terlalu berorientasikan peperiksaan. "Kita nak melihat pendekatan secara lebih seimbang. Kita mungkin membawa pendekatan baru dari segi menilai prestasi pelajar secara holistik menerusi sistem berdasarkan pendidikan di sekolah dan ini sedang disusun pada peringkat kementerian. "Mungkin akan ada perubahan dan pengubahsuaian mengenai sistem peperiksaan sedia ada termasuk UPSR yang dinilai empat subjek saja sedangkan pelajar juga belajar subjek lain," katanya. Di KUALA LUMPUR: Razali berkata cetusan idea untuk memansuhkan UPSR bertujuan untuk mendapat maklum balas daripada guru, ibu bapa dan juga badan bukan kerajaan (NGO).
Beliau berkata, ibu bapa, guru dan NGO adalah kumpulan yang mampu menilai sejauh mana kepentingan UPSR, sama ada ia masih relevan untuk diguna pakai dalam perkembangan negara hari ini atau perlu dimansuhkan. "Untuk menentukan sama ada ia perlu dimansuhkan atau tidak, itu adalah tugas kerajaan. Oleh itu, guru, ibu bapa dan NGO perlu memberi pandangan terhadap perkara ini. "Ia selaras dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa zaman kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno bahagian Serdang di sini, semalam. Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, pemansuhan UPSR juga membolehkan Kementerian Pelajaran memberi tumpuan kepada beberapa subjek yang dianggap penting seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah yang dipinggirkan walaupun perlu untuk pengisian jiwa pelajar.

Kerajaan tak bercadang mansuh UPSR:Muhyiddin

Sumber : Berita Harian

SHAH ALAM: Kerajaan belum bercadang memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) walaupun ia dilihat tidak lagi relevan dalam sistem pendidikan negara yang dinamik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri, berkata UPSR masih boleh digunakan sebagai asas penilaian tetapi dengan sedikit pengubahsuaian terhadap peperiksaan itu dari segi purata. "Mungkin purata dikurangkan daripada 100 kepada 30 atau 40 peratus. Yang lain akan ambil kira pelajaran sejarah. Jadi, tidaklah lari daripada apa yang sedang dilaksanakan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Shah Alam, di sini, hari ini.

Sumber : Berita Harian

PPSMI dimansuh 2012

Oleh ZULKIFLI JALIL, ZABRYMOHAMAD dan THOMAS CHONG

Utusan Malaysia / 9 Julai 2009


MUKTAMAD...Muhyiddin Yassin berkata sesuatu selepas mengumumkan keputusan Kabinet mengenai dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik pada sidang akhbar di Kementerian Pelajaran, Putrajaya, semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (tengah) dan Ketua Pengarah Pelajaran, Alimuddin Mohd. Dom. – Utusan/Zaki Amiruddin
PUTRAJAYA 8 Julai – Mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.
Keputusan Kabinet hari ini mengubah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada 2003.
Serentak itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan.
Kerajaan juga menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains dan Matematik bagi meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai kedua-dua cabang ilmu itu dan teknologi demi masa depan negara.
Kata beliau, keputusan memansuhkan PPSMI dibuat setelah kerajaan meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai dasar itu yang menunjukkan ia tidak dapat dilaksanakan seperti dihasratkan.
Justeru untuk memastikan pemansuhan itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.
“Pelaksanaan (sepenuhnya dalam bahasa Melayu) akan dibuat secara bertahap di tahun satu dan tahun empat di sekolah rendah dan tingkatan satu dan empat di sekolah menengah bermula pada 2012.
“Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Menurut Muhyiddin, pemantauan Kementerian Pelajaran tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.
Begitu juga secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.
Pada masa sama, kata beliau, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.
“Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.
“Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan,” katanya.
Muhyiddin berkata, selain pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007.
“Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 ke tangga ke-20 pada 2007,” katanya.
Muhyiddin memberitahu, kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.
“Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
“Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJKC dan bahasa Tamil (SJKT),” katanya.

Strategi martabat bahasa Malaysia
Oleh Johari Ibrahimjoib@bharian.com.my

Berita Harian / 9 Julai 2009

PUTRAJAYA: Kabinet semalam meluluskan strategi baru untuk memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan. Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia, berkuat kuasa pada 2012. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil pula dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.
Pada sidang medianya di sini, beliau yang juga Menteri Pelajaran, bagaimanapun berkata penguasaan bahasa Inggeris akan terus ditingkatkan dengan me-nambah baik pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan. Pada 2003, kerajaan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), tetapi mendapat bantahan pelbagai pihak terutama pejuang bahasa yang mahu dasar itu dikaji semula. Muhyiddin menjelaskan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia akan bermula secara bertahap bagi Tahun Satu dan Empat di sekolah rendah serta Tingkatan Satu dan Empat di sekolah menengah pada 2012, tetapi tidak membabitkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi.
"Untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi-bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014," katanya. Sambil menolak andaian keputusan itu dibuat akibat tekanan mana-mana pihak, Muhyiddin menegaskan: "Kerajaan mengambil keputusan ini setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan. "Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, iaitu guru mengajar subjek Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris."
Pemantauan kementerian pada 2008, katanya, mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Selain pemantauan kementerian, Laporan Trends in Mathematics and Sciences Study 2007 juga menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam subjek Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke-21 pada 2007. Bagi subjek Matematik pula, laporan sama menyatakan kedudukan murid Malaysia merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 kepada ke-20 pada 2007. Kajian universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah di tahap nominal, iaitu tidak melebihi tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI yang bermula sejak 2003. "Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid, iaitu Melayu di sekolah kebangsaan dan menengah dan bahasa Cina dan Tamil di SJK Cina dan Tamil," katanya. Mengenai langkah untuk memartabatkan bahasa Malaysia, beliau berkata, kementerian akan melaksanakan transformasi kurikulum bahasa itu di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada asas kemahiran berbahasa menerusi pendekatan modular bersepadu meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. "Pada peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum bahasa Malaysia akan memberikan penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di samping memantapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca membaca, menulis, penguasaan tatabahasa dan seni bahasa," katanya.

INFO: Kelemahan PPSMI
Peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi subjek Sains dan Matematik.


Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada 2008 mencapai tahap profisiensi.


Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus sekolah luar bandar.


Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 untuk subjek Matematik bagi murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus, luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.


Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam subjek Sains dan Matematik semakin melebar.

12 langkah mantapkan bahasa Inggeris

Utusan Malaysia / 9 Julai 2009


PUTRAJAYA 8 Julai - Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan 12 langkah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.
Ia diluluskan Kabinet hari ini selaras dengan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berikut langkah-langkah tersebut:
- Menambah seramai 13,933 guru Bahasa Inggeris (BI) termasuk 1,000 dari luar negara, 600 guru bersara dan 12,333 guru tambahan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).


- Menyediakan guru penolong BI gred DG41 bagi kelas besar melebihi 35 murid dalam tahun satu dan dua untuk meningkatkan masa perhubungan guru dan murid.


- Menambah waktu BI bagi sekolah kebangsaan (SK) tahap satu sebanyak 90 minit kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua daripada 210 minit kepada 300 minit seminggu.


- Waktu BI bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) tahap satu pula ditambah daripada 60 minit kepada 120 minit seminggu manakala tahap dua ditambah daripada 90 minit kepada 120 minit seminggu.


- Menambah waktu BI bagi tingkatan satu hingga lima daripada 200 minit kepada 280 minit seminggu.


- Peruntukan waktu BI bagi Malaysian University English Test (MUET) tingkatan enam ditambah daripada 320 minit kepada 400 minit seminggu.


- Waktu BI bagi matrikulasi ditambah 100 peratus iaitu daripada tiga jam kepada enam jam seminggu.


- Program Sastera Kontemporari bahasa Inggeris Kanak-Kanak diperkenalkan kepada semua murid sekolah rendah tahap dua untuk mengukuhkan minat membaca dan memperkenalkan unsur-unsur sastera.


- Mewujudkan makmal bahasa Inggeris di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa itu dengan berkesan.


- Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran BI melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.


- Pelajaran tatabahasa Inggeris diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran BI.


- Menyerapkan elemen sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran BI untuk mendedahkan murid dengan istilah berkaitan dalam bahasa Inggeris.